Kategori Berita Utama

Cukuplah, jangan terjelupuk kalau tak mahu UMNO terkubur

5 DIS: Ahli UMNO perlu mengambil pengajaran selepas terperangkap dengan strategi pembangkang dua kali berturut-turut pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan 13 agar UMNO tidak terkubur pada PRU akan datang.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, persediaan kearah itu adalah penting dengan menyusun jentera UMNO supaya bekerja keras memenangkan parti itu.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid melancarkan Buku Perjuangan For ALL pada Konvensyen Penerangan & Media Istiqomah dalam perjuangan di PWTC. Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa

“Pada PRU ke-13 di saat akhir mereka lontarkan pada masyarakat, di katanya kita membawa Bangladesh masuk, kita mesti bersedia what’s next perangkap mereka kita tak tahu tapi kita perlu beritahu pada rakyat apa yang mereka akan baling, sepak kepada kita.

“PRU ke-12 pula mereka kata kita memadamkan di seluruh tempat sistem elektrik, kertas undi ditukar dan rakyat percaya.

“Bila kita tak bersedia untuk hadapi situasi itu maka kita akan terperangkap sekali lagi dengan perkataan ‘Ini Kalilah’, cukuplah jangan terjelupuk lagi.

“Kita harus satu padukan jentera UMNO kerja keras dengan memberi penerangan kepada rakyat, kalau tidak UMNO BN selepas ini hanya akan tercatat dalam buku sejarah,” ujarnya selepas merasmikan Konvensyen Penerangan dan Media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Selasa.

Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Menurut Zahid lagi, strategi kali ini perlu diubah daripada sistem konvensional kepada sistem baharu yang menggunakan media sosial sebagai medium untuk menyampaikan maklumat.

“Pada 14 Oktober, mereka cuba himpunkan 200 ribu tetapi yang datang hanya 8 ribu sahaja, kita rasa perhimpunan itu tak dapat sambutan, tetapi sistem komunikasi telah berubah.

“Kita harus punyai beberapa pendekatan pelbagai bentuk. Kita tak harus guna acuan yang sama untuk kumpulan yang berbeza. Sistem komunikasi berubah. Saya tak nak kita contohi seteru politik kita. Kita kena lihat mereka dah ubah strategi. Bukan himpunkan jumlah khalayak ramai seperti dulu.

“Siaran terus dalam media sosial adalah lebih penting,tak perlu khalayak ramai di hadapan kita, kepada yang tak hadir, melalui streamix lebih memberi kesan yang tinggi.

“Kalau guna pendekatan kovensional kita tak dapat mencakupi seluruh sasaran rakyat yang mahu kita dekati,” jelasnya lagi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hadir pada Konvensyen Penerangan & Media Istiqomah dalam perjuangan di PWTC

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2017 2:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: