Kategori Berita Utama

Culik wanita Taiwan: Belum ada tuntut wang tebusan

Nasib pelancong wanita Taiwan Chang An Wei yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata Filipina resort di Pulau Pom Pom dua hari lalu masih belum diketahui.

Setakat ini belum ada permintaan wang tebusan dibuat oleh kumpulan terbabit yang dipercayai melarikan wanita 58 tahun itu selatan Filipina.

“Kami tidak menerima sebarang panggilan sehingga sekarang. Kami masih meneruskan siasatan,” kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada pagi Ahad.

pompomislandWalaupun ke mana wanita itu sebenarnya dibawa masih belum ditentukan, polis percaya lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf boleh membawanya ke salah sebuah daripada rantaian pulau Tawi- Tawi, kawasan yang dikenali sebagai tempat persembunyian untuk kumpulan penculik yang menculik untuk tebusan.

Chang telah diculik dari resort di Pulau Pom POm selepas suaminya, Hsu Li Min, 57, ditembak mati awal Jumaat.

Sementara itu, kehidupan di bandar Semporna berjalan seperti biasa dan pelancong termasuk dari Taiwan terus melawat pulau-pulau di sana termasuklah Pulau Pom Pom. – 17/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 November 2013 2:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: