Kategori Berita Utama

Daftar parti pun gagal, macam mana nak urus Malaysia? – PAS

21 NOV: Kegagalan Pakatan Harapan (PH) mendaftarkan gabungan itu menunjukkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal menguruskan partinya sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata ia juga membuktikan blok pembangkang terbesar negara itu tidak mampu mentadbir jika menawan Putrajaya.

“Tidak sepatutnya seorang pemimpin yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun tiba-tiba nak urus pendaftaran parti pun tak boleh selesai.

“Macam mana nak urus negara? Sampai mesyuarat agung PPBM hanya 12 orang yang hadir,” katan Timbalan Menteri Besar Kelantan itu ketika menghadiri Sidang DUN di Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri memaklumkan bahawa masalah dihadapi PPPBM dan DAP menjadi punca kelewatan pendaftaran PH.

Pada masa sama, Nik Amar berkata isu itu menunjukkan  kelemahan Dr Mahathir sebagai seorang yang gagal pemimpin.

“Kalau parti dia sendiri pun tak boleh nak urus, kata nak tukar kerajaan.

“Macam mana nak uruskan Malaysia?

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak boleh meluluskan permohonan pendaftaran kerana masih terdapat beberapa perkara yang belum diselesaikan oleh gabungan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 November 2017 4:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: