Kategori Berita Antarabangsa

Daging babi dicampak ke pusat Islam di UK

25 DIS: Satu serangan membabitkan daging babi yang dilaporkam dicampak ke dalam peti surat sebuah Pusat Islam Belfast Ireland Utara pada Sabtu lalu, menurut laporan Metro.Co.Uk.

Menerusi satu kenyataan, jurucakap pusat (foto) di Facebook berkata serangan itu dipercayai bertujuan untuk mencetuskan ketegangan dalam komuniti Islam di kawasan berkenaan.

“Syukurlah, babi bukanlah bom untuk orang Islam dan tiada yang cedera namun mesej yang disampaikan jelas dalam serangan kebencian itu.

“Pihak kami tahu individu yang bertanggungjawab tidak mewakili majoriti orang di Utara Ireland dan menolak cubaan untuk menimbulkan ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam di sini,” kata jurucakap pusat itu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Selatan Belfast, Emma Little-Pengelly dalam kenyataannya berkata bahawa serangan kebencian itu adalah salah dan tidak mencapai apa-apa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 December 2017 5:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: