Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dakwaan pesawah Kelantan disiasat

13 DIS: Dakwaan berlaku potongan hasil padi melebihi 50 peratus oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) ke atas pesawah di Kelantan akan disiasat segera oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sawah padi (foto hiasan).

Bagaimanapun Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yakin ia tidak berlaku sewenang-wenangnya.

Tambahnya, kementerian sentiasa memastikan pembeli atau Bernas tidak mengambil kesempatan ke atas petani.

“Kami tidak akan berkompromi dengan perkara ini tetapi saya tidak rasa keseluruhan petani ini dikenakan pemotongan 50 peratus.

“Kami akan siasat perkara ini untuk mengetahui apa puncanya, adakah daripada pengilang atau Bernas atau daripada pesawah itu sendiri,” Kata Tajuddin selepas merasmikan Program Jalinan Peladang peringkat Negeri Melaka 2017 di Merlimau, Melaka.

Sebelum ini, Pertubuhan Peladang Kawasan Kelantan dilaporkan tidak berpuas hati selepas Bernas memotong sehingga 50 peratus hasil jualan padi.

Sementara itu, Tajuddin menasihatkan pesawah untuk menghasilkan padi lebih berkualiti untuk menikmati pulangan yang lebih besar.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 December 2017 9:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: