Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dakwaan Rafizi tentang FELDA, supaya menjadi lebih baik

1 NOV: Perdebatan mengenai isu FELDA adalah kerana ingin menjadikan agensi tersebut lebih baik meskipun ia daripada pihak berbeza termasuk pembangkang.

Pendirian Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ini kerana pihak berkaitan mempunyai peranan masing-masing, namun matlamatnya adalah sama supaya FELDA lebih mantap.

Sebab itu juga jelas Rafizi lagi beliau bersetuju untuk berpasangan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim bagi membincangkan isu FELDA dan Bajet 2018 dalam program bual bicara oleh RTM.

Timbalan Menteri di JPM, Datuk Razali Ibrahim bersama Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli ditemui media selepas selesai bual Bicara Bajet 2018 di Parlimen

“Kami berdua faham sebab kami penjawat awam, walaupun dalam keadaan mandat dan tanggungjawab lain tapi matlamat sama, kita mahu FELDA lebih baik.

“Kita ada cara berbeza, tapi saya berharap video itu berlaku supaya disambung ia diteruskan,” katanya selepas slot temubual dengan program RTM di Parlimen, Rabu.

Rafizi dalam masa sama turut menyatakan yang beliau terkejut apabila dijemput di saat terakhir dalam program siaran RTM itu.

“Saya terkejut, tapi saya rasa maknanya bahawa apa yang berlaku di gelanggang politik kita masih ada institusi yang jalankan tugas masing-masing, apapun RTM ke, TV3 ke atau mana-mana media ada peranan masing-masing, contohnya RTM membuat perbincangan yang ‘independent’,” katanya lagi.

Menurut Razali pula, beliau turut memuji program tersebut yang meletakkan pembaharuan dalam satu konsep yang selama ini dilihat sebagai ‘bias’ pada kerajaan.

“Saya sangat puas hati bila dapat bincang dengan sangat relaks, satu konsep yang baik untuk diteruskan, berkongsi bukan sebab parti.

“Rafizi bagi pandangan dia bagi membentuk masa depan negara dia idamkan melalui dasar kerajaan dan saya tak ada masalah dengan dasar yang diutarakan,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 November 2017 6:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: