Kategori Berita Utama

Dakwaan salahguna kuasa, Ku Nan cabar Kok Wai lapor SPRM

14 DIS: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesa Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai menggunakan saluran yang betul, bagi membuktikan kesahihan dakwaan pihaknya melakukan transaksi penjualan 45 bidang tanah tanpa tender terbuka

Katanya dalam satu kenyataan, tindakan wakil rakyat DAP itu didakwa berniat jahat dan cuba mengelirukan rakyat sekaligus menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.

“Saya cabar Tan Kok Wai untuk membuat tuduhan terbabit secara jelas agar saya dapat mengambil tindakan undang-undang atau beliau sendiri mengambil tindakan dengan melaporkan kepada SPRM berkaitan penyalahgunaan kuasa saya sebagaimana pandangannya,” jelasnya.

Sebelum ini Kok Wai mengemukakan soalan berkenaan di dalam Parlimen dan ia dijawab oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Loga Bala Mohan.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata pembangkang khususnya Kok Wai perlu memahami kehendak masyarakat bandar kurang berkemampuan untuk memiliki rumah mampu milik.

“Daripada jumlah tanah yang dijual, 43 telah ditandatangani dengan 28 bidang tanah daripadanya adalah untuk pembangunan Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan selebihnya adalah bagi pembangunan perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPAIM) dan PRIMA.

“kawasan-kawasan yang dijual untuk pembangunan tersebut adalah melibatkan rezab pusat penjaja yang tidak berdaya saing, penempatan setinggan, kawasan lapang perumahan awam, rezab kawasan lapang serta kuarters kakitangan,” ujarnya.

Dengan usaha tersebut, Tengku Adnan berkata Kok Wai seharurnya menghargai setiap perlaksanaan yang dilakukan kerajaan untuk penduduk berpendapatan rendah di kawasan urban.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 December 2017 7:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: