Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dakwaan hina Bugis, polis ambil keterangan Mahathir

13 DIS: Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dilaporkan sudah mengambil keterangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad susulan ungkapannya yang didakwa menghina kaum Bugis di negara ini.

Haniff Khatri Abdulla yang bertindak sebagai ketua peguam kepada mantan perdana menteri itu berkata sebanyak 32 soalan dalam tujuh helaian dokumen diajukan dalam sesi yang mengambil masa hampir 45 minit di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Putrajaya.

Haniff Khatri Abdulla (tengah) yang juga peguam kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tun memberi kerjasama dengan menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya.

“Ini pertama kali keterangan Tun diambil polis mengenai isu bugis dan beliau tetap bertegas tindakannya itu hanyalah untuk seorang individu sahaja iaitu Najib,” kata Haniff di hadapan Bangunan YPK, Rabu.

Terdahulu dua buah kenderaan polis  tiba  tepat jam 1.34 tengahari dengan membawa empat orang pegawai kanan PDRM.

Menurut Haniff, pihaknya difahamkan bahawa sepatutnya Polis akan mengambil keterangan mengenai isu skandal Forex yang melibatkan kehilangan RM30 bilion  pada tahun 90an, namun sebaliknya berlaku apabila polis hanya mengambil keterangan mengenai isu berkaitan kenyataan yangdidakwa menghina masyarakat Bugis.

Dalam ucapan di himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi pada September lalu,  Pengerusi Pakatan Harapan itu dilaporkan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya balik ke Sulawesi –  tempat asal keturunan Bugis.

Antara kenyatan Dr Mahathir ialah: “Mungkin kerana dia berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”

Kata-kata penghinaan itu menimbulkan kemurkaan dua sultan keturunan Bugis, iaitu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Minggu lalu Sultan Selangor, menyifatkan Tun Mahathir boleh membakar perpaduan negara dengan tindakan yang di luar batasan sehingga sanggup menghina sesuatu kaum.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berulang kali menafikan dakwaan itu, dan menegaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada Najib dan bukannya orang lain.

Sementera itu, sehingga laporan ini disiarkan, PDRM belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan sesi berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 December 2017 5:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: