Kategori Analisa Isu Semasa

DALIL TERBARU PR TAK LAYAK MEMERINTAH PADA JUMAAT

8 FEB: Pada Jumaat 7 Februari bersamaan 7 Rabiul Akhir 1435 Hijrah ramai yang tidak sedar bahawa satu  lagi dalil (bukti) pakatan pembangkang tidak layak diberi tanggungjawab untuk menerajui tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia telah diperlihat dan dinasihatkan untuk mendalami ilmu undang-undang dan perlembagaan negara sebelum saman dikemukakan .

Barangkali kerana hangatnya bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N25 Kajang yang sebenarnya tidak punya alasan munasabah bagi mewajarkan ia diadakan, maka dalil yang ditunjukkan melalui berita pakatan pembangkang gagal membuat mahkamah ‘memaksa’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) di semua 222 kawasan Parlimen seluruh negara agak tenggelam.

Sama seperti PRK DUN Kajang yang dikatakan sebahagian strategi kemaraan Pakatan Rakyat (PR) untuk menakluki Putrajaya, kronologi saman sivil ini bermula apabila tiga parti pembangkang serta lima individu telah menfailkannya pada 15 Julai 2013, sehinggalah semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan untuk membatalkan saman-saman tersebut telah menunjukkan ianya adalah sebahagian agenda PR dalam merebut mandat pemerintahan negara.

Untuk rekod, lima individu berkenaan ialah Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Jawatankuasa Kerja serta Jawatankuasa Lujnah Politik PAS Pusat; Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Pusat; dan bekas ahli Parlimen DAP Teluk Intan, M. Manogaran – ketiga-tiga mereka merupakan calon-calon dalam PRU-13.

Manakala dua lagi adalah penyokong  pembangkang dan pengundi, Arifin Abd Rahman dan R. Abbo.

Tersirat di sebalik alasan penghakiman bertulis Hakim Datuk Rosnaini Saub membatalkan saman yang dikemukakan oleh parti PKR, PAS, DAP dan lima individu terbabit sebenarnya adalah satu lagi bukti kukuh menunjukkan pemimpin pakatan pembangkang jahil mengenai Perlembagaan dan undang-undang negara.

Apa tidaknya, saman yang antara lain menuntut tujuh ahli SPR termasuk pengerusi serta timbalannya dipecat sama sekali tidak relevan dikemukakan di mahkamah tinggi sivil kerana anggota sesebuah suruhanjaya seperti SPR sebenarnya memiliki keistimewaan sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 114(3) Perlembagaan Persekutuan.

AJK SPROleh itu ia memudahkan tugas Hakim Rosnaini membuat keputusan membatalkan saman berkenaan.

“Ini bermakna mereka hanya boleh dipecat daripada jawatan (yang disandang dalam SPR) oleh tribunal yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakan memfailkan saman dan juga memohon satu perintah untuk memecat defendan sebagai anggota SPR boleh dianggap sebagai satu percubaan untuk melangkau atau memintas peruntukan  di bawah Perkara 114(3) Perlembagaan Persekutuan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah,” kata Hakim  Rosnaini dalam penghakimannya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum  ini juga pernah dipenjarakan atas kesalahan menyalahguna kuasa selaku timbalan perdana menteri dalam usaha melupuskan bukti kes liwat pertamanya pada 1998 dahulu.

Mengenai tuntutan agar mahkamah mengisytiharkan keputusan PRU-13 tidak sah dan terbatal pula, Rosnaini “menyekolahkan” pihak plaintif dengan menjelaskan, berdasarkan Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, satu-satunya kaedah untuk mencabar keputusan pilihan raya ialah dengan memfailkan petisyen pilihan raya.

“Hanya hakim mahkamah pilihan raya yang boleh mengisytiharkan mana-mana pilihan raya sebagai batal dan tidak sah.

“Mahkamah ini (Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) bukan mahkamah pilihan raya, oleh itu, saya tidak boleh memberikan relif yang dipohon plaintif,” kata yang turut memerintahkan semua plaintif membayar kos sebanyak RM10,000.

Sebelum ini juga sudah banyak bukti dan peristiwa mengenai sikap pembangkang yang sepatutnya boleh dijadikan asas membuat keputusan memilih pemimpin dan kerajaan.

Antaranya sikap menipu yang dalam Islam boleh mengakibatkan seseorang itu dikategorikan munafik.

Kenyataan Anwar konsisten sering bercanggah dan berubah-ubah

Kenyataan Anwar konsisten sering bercanggah dan berubah-ubah

Kenyataan Anwar yang berikrar mahu meletak jawatan dan menjadi seorang profesor jika PR tewas pada PRU-13; penafian berhubung dakwaan beliau bahawa PR tumpas disebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) membawa masuk lebih 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi; kenyataan bercanggah mengenai calon PKR di DUN Kajang; serta kenyataan mengenai kedudukan menteri besar Selangor yang berubah hampir setiap hari seperti indeks pasaran saham sekadar beberapa contoh sikap lidah bercabang bertaraf dunia pucuk pimpinan pembangkang.

Manakala keputusan terbaharu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat hanyalah satu lagi dalil yang boleh ditambah kepada senarai bukti betapa ‘dangkalnya’ (memetik kata Faekah Husin) pemikiran serta pengetahuan barisan pemimpin pembangkang dalam soal Perlembagaan dan undang-undang negara.

Hatta tidak hairanlah pihak pembangkang dari pucuk hingga ke akar umbinya sering dilihat melanggar peraturan atau undang-undang.

Justeru di sebalik banyak kejadian yang boleh dijadikan petunjuk muncul silih berganti, bagaimana ada rakyat yang tergamak menyerahkan mandat memerintah negara kepada sekumpulan manusia yang jahil dan hanya tahu patuh pada undang-undang dalam imaginasi di kepala mereka?

Firman Allah dalam Surah Al i’Imran, ayat 190 “Sesungguhnya pada setiap kejadian di langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada dalil-dalil (tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi mereka yang mahu berfikir (orang-orang yang berakal).”-bnbbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 February 2014 6:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: