Kategori Berita Utama

Dana haram parti politik tersimpan di Labuan?

11 JUN: Berbilion-bilion ringgit wang hasil aktiviti haram dipercayai tersimpan dalam akaun pesisir pantai di Labuan yang dikatakan digunakan untuk menampung dana politik parti tertentu di negara ini.

Dana tersebut dikatakan dijana melalui hasil kegiatan sindiket yang menawarkan skim pelaburan palsu kepada orang ramai dan kemudiannya disalurkan kepada pelbagai cabang termasuk membia­yai dana politik.

Memetik laporan Mingguan Malaysia, difahamkan, dana skim seum­pama itu tumbuh bagaikan cen­dawan terutamanya ketika negara semakin hampir untuk menghadapi pilihan raya umum.

“Ia bukan satu kebetulan kerana sindiket terbabit licik mengeks­ploitasi kelemahan sistem, pemantauan dan penguatkuasaan sedia ada.

“Sebab itu kalau dilihat, ketika negara semakin dekat untuk pilihan raya, pelbagai skim palsu mula diwujudkan,” kata sumber itu lagi.

Bagaimanapun laporan itu tidak mendedahkan parti politik mana yang didakwa menghasilkan, menyimpan serta menggunakan dana politik berkenaan.

Sementara itu, sumber berkenaan mendedahkan bahawa wang haram turut masuk secara fizikal melalui jalan darat di utara, pantai timur dan selatan negara ini.

“Malah salah satu lapangan terbang di negara ini turut digunakan untuk tujuan itu dengan menggunakan jet peribadi,” katanya.

Bagaimanapun yang membimbangkan adalah wang tersebut dikhuatiri untuk membiayai aktiviti kumpulan militan.

“Kita tidak tahu mungkin digunakan untuk kegiatan pengganas. Wang ini masuk terlalu mudah, pernahkah pihak berkuasa memeriksa apa yang dibawa terutamanya jet peribadi,” katanya lagi.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 June 2017 6:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: