Kategori Berita Antarabangsa

Dana RM137j basmi tikus di New York

13 JULAI: Datuk Bandar New York mengumumkan peruntukan AS$32 juta (RM137 juta) bagi membasmi jumlah tikus sehingga 70 peratus di Manhattan, Bronx dan Brooklyn menjelang akhir 2018.

Sejak awal tahun ini, Jabatan Kesihatan Bandaraya New York menerima lebih 10,000 aduan orang ramai yang melihat haiwan itu berkeliaran dan lebih 15 peratus daripada lebih 24,000 hartanah yang diperiksa di tiga kawasan berkenaan menunjukkan ‘Petanda Tikus Aktif’.

“Kami tidak menerima tikus sebagai sebahagian kehidupan normal Bandaraya New York,” kata Datuk Bandar Bill de Blasio dalam kenyataan, semalam.

Tikus dilihat sebagai ancaman kesihatan awam kerana pembawa penyakit serta memberi masalah kepada kualiti hidup.

Pelan itu akan bermula September depandan pelbagai agensi termasuk jabatan Sanitasi, Taman dan Kesihatan, akan terbabit.

Kebanyakan peruntukan akan digunakan untuk membaik pulih bangunan pangsapuri perumahan awam serta menggantikan lantai tingkat bawah tanah yang kotor dengan konkrit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 July 2017 9:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: