Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DAP dicabar sokong pembentangan akta sumber dana

2 OGOS : “Saya juga mencabar DAP supaya menyahut cabaran Datuk Seri Najib iaitu dedahkan akaun sumber dana politik mereka sebelum UMNO mendedahkan akaunnya.”

Cabaran itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi terhadap parti chauvinis, DAP agar dap lidahmenyokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak membentangkan akta baru mengenai ‘Tabung Politik’ ke Parlimen.

Menurutnya, akta baru itu bersesuaian dengan slogan DAP yang mahu menjadi juara dalam isu ketelusan dan antirasuah.

Sehubungan itu, semua parti termasuk DAP katanya, mesti bersedia untuk mendedahkan sumber kewangan politik mereka agar rakyat boleh mengetahui sama ada dana mereka dari sumber yang sah atau sebaliknya.

“DAP sering mempersoalkan dana politik parti politik lain khususnya BN (Barisan Nasional) tetapi dalam masa sama mereka takut mendedahkan sumber dana politik DAP,” kata kenyataan Puad, Ahad.

Menurutnya, pendedahan sumber kewangan parti-parti politik terutama DAP akan dapat membuktikan bahawa parti itu tidak menerima dana politik dari sumber yang meragukan seperti kegiatan judi, pelacuran dan lain lain.

Malah, pendedahan sedemikian juga dapat memastikan dana parti politik seperti DAP bukan datang daripada pertubuhan atau negara luar yang mempunyai konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara yang tidak demokratik.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 August 2015 2:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: