Kategori Berita Utama

DAP didesak mohon maaf atau tindakan undang-undang diambil

11 JULAI: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng susulan berulang kali mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap parti itu.

Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng berkata, fitnah itu mendakwa ketika parti itu memimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bekas Ketua Menteri  Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah menjual tanah penambakan di Tanjong Tokong kepada pemaju pada tahun 1990an.

“Gerakan memaklumkan hasil mesyuarat jawatankuasa pusat pada 17 Jun lalu, untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Lim Guan Eng kerana membuat kenyataan  yang tidak berasas, tidak tepat dan bersifat fitnah terhadap parti itu ketika menjadi Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Kenyataan yang sering kali dikeluar Guan Eng menyebabkan Gerakan dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menjadi mangsa sindiran dan fitnah kononnya telah menjual tanah penambakan tersebut kepada pemaju dengan harga RM1 kaki persegi untuk keluasan 980 ekar yang bernilai RM42.7 juta,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Gerakan, Selasa.

Tegasnya lagi, Gerakan menyangkal dan mengecam dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana disifatkan mempunyai niat jahat dan telah dirancang untuk menjatuhkan reputasi dan imej Gerakan.

“Mengikut fakta, sebenarnya ia merupakan perjanjian konsesi penambakan tanah yang diberi pada tahun 1992.

“Tidak wujud sama sekali jualan tanah Tanjung Pinang sebagaimana yang didakwa oleh Guan Eng,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu, menurut Teck Meng, notis tuntutan akan diserahkan kepada Guan Eng pada hari ini 11 Julai.

“Sudah banyak kali Guan Eng dan para pemimpin DAP menfitnah Gerakan dalam isu ini.

“Kami telah berjaya mengumpul bukti-bukti yang cukup dan menyeluruh menfitnah Tsu Koon sejak 2012 sehingga kini.

“Kami menuntut Guan Eng meminta  secara rasmi dan tanpa prasyarat kepada Gerakan melalui sebuah sidang media dalam masa 3 hari atau 72 jam mulai hari ini,” katanya lagi.

Ketua Biro Undang-Undang Gerakan Datuk Baljit Singh telah dilantik sebagai peguam parti itu untuk menyaman Guan Eng atas fitnah yang telah dilakukan.

“Saya cukup yakin bahawa kami mempunyai kedudukan dan bukti kukuh dalam kes ini, kami sedia menunggu jawapan daripada Guan Eng,” jelasnya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 July 2017 1:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: