Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DAP gugur Boo Cheng Hau?

15 APRIL: Penyandang DUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau tidak akan mempertahankan kerusinya dalam PRU14 selepas DAP mengumumkan pembantunya, Tan Hong Pin diletakkan sebagai penganti.

Ia diumumkan sebagai oleh setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu program ceramah di Batu Pahat malam tadi.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang itu enggan mengulas  sama ada Cheng Hau digugurkan daripada senarai calon atau diletakkan bertanding di kerusi Parlimen.

Sebelum ini,  beberapa laporan menyebut bekas Pengerusi DAP Johor (foto) itu menolak tawaran bertanding di Parlimen Labis.

Pada masa sama, Guan Eng turut mengumumkan Teo Nie Ching (Kulai), Tan Chen Choon (Jementah), Chew Peck Choo (Yong Peng) dan Gan Peck Cheng (Pengaram) akan mempertahankan kerusi masing-masing.

Pada awal bulan lalu, Liew Chin Tong dan Yeo Bee Yin diumumkan bertanding di parlimen Ayer Hitam dan Bakri.

DAP belum mengumumkan calonnya di kerusi parlimen Labis, Kluang dan Iskandar Puteri serta dua kerusi DUN iaitu Mengkibol dan Bekok.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 11:33 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: