Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DAP guna rumah terbuka Aidilfitri sebar propaganda

1 JULAI: Kepimpinan tertinggi DAP dilabelkan sebagai terdesak susulan menjadikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri parti itu sebagai tempat menyebarkan agenda politik mereka kepada pengunjung.

Insiden berkenaan berlaku di Dewan Serbaguna Sungai Jawi, Pulau Pinang pada hari ini, namun gagal mendapat sambutan rakyat negeri itu yang seolah-olah meluat dengan dakyah politik sempit parti serpihan PAP itu.

Antara risalah politik yang diedar oleh DAP semasa Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Serbaguna Sungai Jawi, Pulau Pinang.

Memetik laporan MyNewsHub yang melakukan tinjauan, beberapa ahli politik parti itu termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilihat menyampaikan ucapan berbaur propaganda.

Turut berucap adalah penasihat parti, Lim Kit Siang serta Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dan ahli seumur hidup yang juga bekas Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Semasa majlis berlangusng, beberapa risalah mengandungi pelbagai isu politik yang cuba memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional diedarkan secara terang-terangan kepada semua pengunjung termasuk kanak-kanak.

Sementara itu, portal berita itu juga melaporkan dakwaan bahawa majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari tadi dan tamat pada jam 2.30 petang menerima sambutan hambar selepas banyak meja di dalam dewan berkenaan kosong.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 July 2017 5:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: