Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DAP hilang kerusi DUN Pujut

12 MEI: Pemimpin kanan DAP Sarawak, Dr Ting Tiong Choon hilang kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas usul untuk melucutkan keahliannya dibentang oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang negeri itu, Datuk Seri Wong Soon Koh dalam DUN Sarawak pagi tadi.

Pengundian yang dilakukan menyaksikan ’70-10′ menyokong penyingkiran Tiong Choon.

Berikutan keputusan itu, pilihan raya kecil akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum itu, dalam usul berkenaan, Wong menyatakan pemimpin DAP itu tidak berkelayakan sebagai ADUN selepas beliau dipercayai memiliki kewarganegaraan Australia pada 20 Januari 2010.

Pada Jun tahun lepas, Tiong Choon menafikan dakwaan bahawa beliau memegang dua kerakyatan Malaysia-Australia seperti yang didakwa oleh Barisan Nasional.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 May 2017 2:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: