Kategori Berita Utama

DAP kuasa pemutus dalam Harapan

17 JULAI: Kepimpinan Pakatan Harapan menyembunyikan fakta sebenar daripada rakyat Malaysia bahawa DAP yang memiliki kerusi semasa terbanyak iaitu 37 kerusi Parlimen sebenarnya menentukan siapa bakal Perdana Menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya.

Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata walaupun Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim dicanangkan sebagai calon Perdana Menteri berikutnya tetapi realitinya, jawatan berkenaan diputuskan oleh parti yang mempunyai paling banyak kerusi di Parlimen.

‘Dalam kes Barisan Nasional, perkara itu akan diputuskan oleh UMNO terutamanya kerana UMNO memiliki kerusi terbanyak.

“Bagi Pakatan Harapan, DAP yang mempunyai kerusi paling banyak, dan ini bermakna DAP yang akan menentukan siapa menjadi perdana menteri dan timbalan perdana menteri, dan bukannya Tun Dr Mahathir Mohamad atau Anwar Ibrahim seperti mana yang dicadangkan itu,” katanya dalam catatan terbaru blognya, Ahad.

Sebaliknya, Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba menanam propaganda dalam minda orang Melayu bahawa perdana menteri dan timbalan perdana menteri  adalah kalangan mereka, bertujuan mendapatkan sebanyak mungkin undi daripada mereka.

Bagaimanapun, bekas Speaker DUN Sabah itu percaya bahawa tanpa PAS, Pakatan Harapan tidak mudah meraih undi orang Melayu.

Pada Khamis lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan menamakan Anwar sebagai ketua umum, Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Share This:




Berita Bertarikh pada 17 July 2017 1:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]