Kategori Berita Utama

DAP mesyuarat tergempar esok bincang arahan RoS

7 JULAI: Susulan arahan terbaru daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya DAP mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang baharu, DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur esok.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, berkata kenyataan rasmi akan diberikan selepas mesyuarat yang akan diadakan di Ibu Pejabat DAP pada jam 2 petang itu selesai.

Mengakui terkejut dengan tindakan RoS, Guan Eng berkata setakat ini pihaknya juga masih belum menerima surat rasmi daripada RoS berkaitan arahan berkenaan.

“Saya dimaklumkan mengenai kenyataan RoS itu, tetapi saya tidak tahu adakah kenyataan itu nanti akan sama dengan isi kandungan surat rasmi daripada RoS.

“Bagaimanapun, kita perlu mengadakan perbincangan dahulu dengan semua kepimpinan tertinggi. Sidang akhbar akan diadakan esok selepas mesyuarat tergempar selesai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majestic Theatre, Jumaat.

Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah, dalam satu kenyataan hari ini, berkata pemilihan semula CEC yang baharu yang sah dan telus perlu diadakan bagi membolehkan perwakilan memilih 20 orang anggota CEC yang sah dan diiktiraf.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 July 2017 7:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: