Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DAP nafi Aziz Bari calon DUN Tebing Tinggi

15 APRIL: DAP menafikan bahawa pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dipilih bertanding kerusi DUN Tebing Tinggi pada pilihan raya kali ini.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata pengumuman yang dibuat semalam tidak pernah mendapat kebenaran daripada pimpinan kanan parti.

“Secara lazimnya, sebarang pengumuman calon Pakatan Harapan daripada DAP hanya boleh diumumkan oleh setiausaha agung atau pemimpin CEC yang diberikan mandat,” katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Justeru itu, katanya pengumuman dibuat penyandang kerusi berkenaan, Ong Boon Piow adalah melanggar disiplin parti.

“Beliau akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib parti untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Terdahulu, Aziz (foto) diumumkan sebagai calon DUN Tebing Tinggi pada satu program di Ipoh.

Bekas pensyarah kanan universiti awam itu pernah bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 di bawah tiket PKR di parlimen Sabak Bernam, namun menyertai DAP pada 2015.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 2:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: