Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DAP gesa Guan Eng mansuh caj parkir kereta

3 JAN: Kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin Ketua Menteri Lim Guan Eng nampaknya hanya pandai menjaga tepi kain orang tetapi kain sendiri koyak rabak.

Pada Jumaat, penyokong DAP sendiri menghantar memorandum bantahan dan mengkritik Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berhubung isu pelaksanaan Sistem Parkir Kereta Berbayar (SPKB) di Seberang Perai Selatan (SPS) yang bermula sejak Rabu lalu.

DAP cawangan pekan Nibong Tebal mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memansuhkan sistem itu kerana ia menambah beban perbelanjaan rakyat.

Pengerusinya Teoh Seong Hooi berkata penduduk sudah pasti akan terasa beban peningkatan kos sara hidup kerana sebelum ini daerah SPS terutama di Nibong Tebal tidak pernah mengenakan sebarang caj tempat meletak kereta.

“Sebelum ini semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang, DAP pernah menentang sekeras-kerasnnya pelaksanaan SPKB di Nibong Tebal dan mengapa sekarang mereka mahu buat semula sistem itu,” tanya Teoh.

“Lagipun lebih 70 peratus penduduk di Nibong Tebal adalah golongan (berpendapatan) sederhana,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan SPKB kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bukit Mertajam Jumaat.

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan pelaksanaan sepenuhnya SPKB di Pulau Pinang mulai 1 Jan 2014 pada tahun lepas dan bagi kawasan SPS, MPSP mengenakan caj 40 sen sejam.

“Jika kerajaan BN sering dilabel kerajaan ‘Barang Naik’ kerajaan Pakatan Rakyat dan bukannya turut mengambil langkah menambahkan lagi beban rakyat,” tegas Teoh.

Teoh berkata SPKB bukan sahaja akan membebankan rakyat yang berkereta, malah perniagaan pekedai dan penjaja di Nibong Tebal juga akan terjejas kerana jumlah pengunjung dijangka akan berkurangan ekoran orang ramai mengelak meletakkan kereta di kawasan berbayar untuk berjimat.

“Lagipun daerah SPS bukan menghadapi masalah tempat letak kereta seperti di sebelah pulau di Pulau Pinang, jadi kami harap kerajaan negeri dapat tangguhkan atau terus mansuhkan sahaja kerana ia memang membebankan walaupun cajnya hanya 40 sen sejam,” katanya.

Sementara itu agensi berita Bernama melaporkan, seorang penduduk, Omar Din, 53, turut mengakui walaupun caj yang dikenakan itu nampak kecil tetapi ia akan menambah jumlah perbelanjaan mereka.

“Saya bekerja buruh dan kebanyakan penduduk di Nibong Tebal juga bukanlah bergaji besar, jadi caj itu pasti bebankan kami. Lagipun selama ini kami tidak pernah dikenakan caj kenapa mesti sekarang perlu membayar.

“Mana ada kerajaan negeri prihatin kepada rakyat kalau semua benda hendak dikenakan caj dan bayaran,” katanya.

Guan Eng juga sejak Isnin dikecam pelbagai pihak kerana bersikap hipokrit dan ‘cakap tak serupa bikin’.

Ini kerana dalam pada lantang mengkritik Kerajaan Pusat diterajui BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak boros membelanjakan wang negara, beliau sendiri membuat keputusan menerima kereta mewah Mercedes-Benz SL300 sebagai kereta rasmi baharunya walaupun kereta rasmi sedia ada Toyota Camry 2.5 baru saja dua bulan digunakan dan masih berkeadaan baik.-bnbbc.my

Aku Mau Kaya-LGE

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2014 9:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: