Kategori Berita Utama

DAP-PKR akan saling memujuk calon PPBM guna logo

14 MAC: PPBM hampir pasti menggunakan logo sekutunya bagi berdepan PRU 14.

Ini berikutan parti dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan isu kesahihan mesyuarat agung parti yang masih belum selesai dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Sudah tentu, calon PPBM akan memilih sama ada menggunakan logo DAP dan PKR berbanding PAN.

Tumpuan sudah pasti untuk melihat samada Dr Mahathir jika bertanding akan memilih logo apa, begitu juga dengan Presiden PPBM dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Semalam ketika sidang media kepemimpinan PH, Dr Mahathir berkata kesediaan bertanding menggunakan logo DAP.

Calon-calon PPBM yang ditawarkan kerusi majoriti pengundi Cina terutama di Pulau Pinang tentu tidak keberatan menggunakan logo DAP ketika bertanding kerana tahu peluang untuk menang lebih cerah.

Dr Mahathir sendiri juga mungkin tidak bermasalah jika memilih logo DAP bagi menunjukkan kesetiaan PPBM terhadap parti Cina itu.

Bagaimanapun pula dengan calon-calon pinggir Bandar yang undinya ditentukan oleh pengundi Melayu?

Adakah Dr Mahathir juga mahu calon partinya menggunakan logo DAP?.

Sudah tentu tidak. Mahu atau tidak, calon-calon PPBM akan memilih bertanding menggunakan logo PKR.

Muhyiddin dan Mukhriz tentu memilih logo PKR kerana jika menggunakan logo DAP, mereka tentu kalah dengan majoriti lebih besar.

Menariknya, DAP dan PKR tentu akan saling memujuk calon-calon PPBM bertanding menggunakan logo mereka.

Ini kerana jika mereka menang, sudah tentu logo yang akan disahkan sebagai menang pada PRU adalah logo dipertandingkan.

Dengan erti kata lain, walaupun calon PPBM bertanding yang diumum menang adalah DAP atau PKR.

DAP dan PKR tentu mahu jumlah kerusi parti itu bertambah bagi kepentingan masing-masing terutama di Selangor.

Bayangkan jika ramai calon PPBM yang menggunakan logo DAP bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Selangor menang dan bilangan kerusi parti itu melebihi kerusi PKR.

Adakah jika PH kekal memerintah Selangor selepas PRU 14, DAP dengan bilangan majoriti kerusi berbanding PKR masih mahu menyerahkan kerusi Menteri Besar kepada PKR?

Apatah lagi jika calon PPBM itu adalah Melayu sekaligus membolehkan DAP mengangkat calon tersebut sebagai Menteri Besar.

Itulah menariknya pembangkang di dalam PH. Sebelum pilihan raya mereka bertelagah isu kerusi hendak ditandingi, selepas pilihan raya mereka akan bergaduh pula siapa patut jadi Menteri Besar khususnya di Selangor.

Sudah tentu ini memeningkan Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mahu atau tidak, beliau tentu akan memujuk supaya lebih ramai calon PPBM memilih bertaning menggunakan logo PKR bagi memastikan jawatan Menteri Besar kekal miliknya atau PKR.

Manakala DAP pula tentu tidak akan berpeluk tubuh melihat situasi tersebut.

Di Dalam PH, parti-partinya hanya ibarat enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing sahaja.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 11:15 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: