Kategori Berita Utama

DAP sudah luah niat perkuda Mahathir pecahkan Melayu

2 MEI: Pengundi di negara ini diingatkan supaya jangan salah memilih parti yang boleh menghancurkan negara pada pilihan raya umum kali ini.

Ini kerana  pemimpin DAP sudah meluah secara terbuka bahawa mereka hanya memperkudakan Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata mahu memecahkan Melayu.

Teng Look menyerahkan manifesto Parlimen Wangsa Maju kepada Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangkang bukan ada agenda membangunkan negara sebaliknya bagi mencapai tujuan masing-masing.

“Apa yang kita syak sudah diluah secara terbuka. Sudah terang lagi bersuluh, niat pembangkang perkudakan Tun Mahathir.

“Kesihan orang 93 tahun tetapi diangkat (pembangkang jadi Pengerusi PH) sebab nak pecah belahkan undi Melayu,” kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

Beliau merujuk ceramah Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang P. Ramasamy tiga hari lalu bahawa DAP tidak lupa apa yang Dr Mahathir sudah buat sebelum ini tetapi mereka menerima bekas perdana menteri itu sebab mahu pecahkan undi Melayu.

Video ceramah tersebut tular di media sosial dan Youtube  sejak dua hari lalu.

“Jelas mereka nak perguna satu sama lain, bukan mahu bentuk kerajaan untuk rakyat. Jadi kita jangan terpedaya sebab kita nak pilih masa depan anak cucu kita. Jika salah pilih, hancur negara,” katanya.

Najib berucap di majlis bersama rakyat Parlimen Wangsa Maju di PPR Gombak Setia, malam tadi yang turut dihadiri calon parlimennya Datuk Seri Yew Teong Look dan Ketua UMNO Bahagian Datuk Seri Shafie Abdullah.

Tambahnya, jika DAP banyak kerusi, mereka boleh tolak Dr Mahathir, yang sebelum ini dicanang sebagai calon perdana menteri pembangkang.

Najib turut meminta Dr Mahathir jangan memarahi UMNO dan BN sebaliknya kepada beliau.

“Marah kepada saya tak mengapa, sebab UMNO dan BN tang letak beliau jadi perdana menteri,” ujar Najib.

Dalam pada itu, beliau mengakui BN sudah letih berdepan kekalahan di Parlimen Wangsa Maju.

Justeru itu beliau mahu pengundi di kawasan itu berbesar hati menerima calon sama ada daripada MCA atau UMNO kerana mereka adalah calon BN,

Sebelum ini pengundi-pengundi mahu Shafie yang kalah pada PRU 13 dicalonkan semula tetapi Perdana Menteri mengembalikan kerusi itu kepada MCA dan memilih Teng Look sebagai calon.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan membenarkan penyewa PPR Sri Kedah di kawasan itu mendapatkan pemilikan unit masing-masing dengan harga akan diumumkan nanti.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 May 2018 12:17 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: