Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DAP templak Tun Mahathir pertahan Daim

13 JUN: Tun Mahathir Mohamad ditemplak DAP sendiri kerana mempertahankan Majlis Penasihat Kerajaan yang meminta hakim-hakim kanan meletak jawatan.

Tegas Ramkarpal Singh, apa yang dilakukan Tun Daim Zainuddin itu adalah tindakan yang mengabaikan prinsip pemisahan kuasa antara badan eksekutif dan perundangan negara.

Menjelaskan perkara tersebut, Ramkarpal turut berkata  mana-mana amalan demokrasi ialah badan eksekutif tidak campur tangan dalam hal ehwal perundangan dan ia merupakan asas yang perlu dipatuhi.

“Tidak ada salahnya mengkritik pelantikan ketua hakim negara dan presiden mahkamah rayuan.

“Bagaimanapun keadaan adalah berbeza untuk memanggil mereka dan menuntut mereka meletak jawatan

“Ini sangat salah sama sekali,” katanya.

Ramkarpal membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas langkah Tun Mahathir memihak kepada Majlis Penasihat Kerajaan yang memanggil dua hakim paling kanan dalam negara baru-baru ini.

Terdahulu Tun Daim didakwa mendesak Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin supaya meletakkan jawatan masing-masing.

Ram dalam masa yang sama turut berkata Daim tidak sepatutnya menuntut peletakan jawatan terbabit kerana mengikut perlembagaan tiada sesiapa berhak membuat desakan itu kecuali perdana menteri.

“Walaupun ini mungkin didorong oleh niat yang terbaik, apa yang berlaku adalah sangat salah,” katanya.

Tun Mahathir bagaimanapun tetap mempertahankan tindakan itu kerana berpendapat majlis terbabit tidak melanggar bidang kuasa yang diberikan kepadanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 3:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: