Kategori Berita Utama

Dari Kajang ke Putrajaya, Wan Azizah ‘silap jalan’: Dr Mahathir

22 MAC: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail silap jalan kerana berpendapat dengan bertanding di DUN Kajang boleh jadi Perdana Menteri.

Menurut Mantan Perdana Menteri itu, bukan sahaja rakyat yang keliru tetapi pembangkang yang dilihat keliru dengan misi `Langkah Kajang’.

“Mereka menganggap PRK Dewan Undangan Negeri Kajang mampu mencipta laluan mudah ke Putrajaya. Bagi saya, ini adalah sia-sia dan hanya menyusahkan rakyat,” katanya.

tundrM

Dr Mahathir

Dengan nada sindiran, Dr Mahathir berkata, beliau fikir sudah salah tempat kerana ketika sampai di Kajang, beliau nampak papan tanda yang mengandungi poster calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan ditulis ‘Dari Kajang ke Putrajaya’.

“Nampak macam beliau silap jalan… dia nak bertanding DUN Kajang bukan Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) belum pernah jadi Perdana Menteri.

“Jadi patutnya kita kena fahamkan dia, di sini kita adakan Pilihan Raya Kecil untuk pilih ADUN Kajang bukan Ahli Parlimen. Jadi kalau itu pun tak boleh nak faham, payah sikit la nak jadi wakil rakyat,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab UMNO Pesara Kerajaan di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat di sini, hari ini.

posterkakwan

Selain mahu ke Putrajaya, Wan Azizah juga bertanding kononnya mahu mencari keadilan untuk Anwar

PKR memulakan ‘langkah Kajang’ apabila wakil rakyatnya sebelum ini, Lee Chin Cheh meletak jawatan tanpa sebab pada 27 Januari lalu.

PKR menggunakan slogan ‘Dari Kajang ke Putrajaya’ sebagai strategi politik pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Ketika itu, parti berkenaan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi pada saat-saat akhirnya menggantikannya dengan Wan Azizah apabila Ketua Pembangkang itu disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Dr Mahathir berharap penduduk Kajang sedar PRK kali ini bukan pertandingan antara keluarga tetapi pertandingan antara parti.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR bertanding atas alasan kononnya untuk menuntu keadilan terhadap suaminya ekoran hukuman mahkamah itu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2014 12:07 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: