Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Datin dera amah disekat ke luar negara

22 MAC: Jabatan Imigresen menyenarai hitam seorang suri rumah bergelar Datin selepas gagal tampil ke mahkamah semalam bagi menghadiri prosiding permohonan semakan berhubung hukuman bon berkelakuan baik terhadapnya kerana menyebabkan kecederaan parah pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya menyekat Datin Rozita Mohamad Ali,44, dari ke luar negara selepas individu terbabit gagal dikesan di rumahnya di Mutiara Damansara, Petaling Jaya dan rumah keluarganya di Melaka.

“Mahkamah mengarahkan pihak Jabatan Imigresen menyekat individu tersebut dari ke luar negara.

“Bagaimanapun, kita sedang menyemak status di mana individu tersebut berada, sama ada di dalam atau luar negara,” katanya dipetik media hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 March 2018 2:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: