Kategori Berita Antarabangsa

Datuk Bandar ditikam lelaki anti polisi pelarian

29 NOV: Canselor Jerman, Angela Merkel amat terkejut dan mengutuk serangan terhadap Datuk Bandar Altena, Andreas Hollstein yang ditikam menggunakan pisau menyebabkan beliau mengalami luka sepanjang 15.2 sentimeter.

Hollstein, 54, diserang oleh seorang lelaki yang mengkritik polisi pelarian kerajaan negara ini, petang semalam di sebuah kedai menjual kebab.

Menurut beliau, tanpa bantuan daripada pemilik kedai berkenaan, Demir Abdullah dan anaknya, beliau berkemungkinan `tidak berada di sini lagi’.

Kata Hollstein, penyerang berusia 56 tahun itu telah bertanya kepadanya sama ada beliau merupakan Datuk Bandar sebelum mengeluarkan pisau dan berkata: “Kamu telah membiarkan saya mati kehausan dan mengambil 200 pelarian ke Altena.’’ – AFP

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 November 2017 9:52 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: