Kategori Berita Antarabangsa

Datuk paling hangat di China

23 JUN: Golongan warga emas biasanya akan menghabiskan banyak masa dengan berehat di rumah bersama anak cucu.

Tapi tidak bagi Wang Deshun, 81, yang dianggap sebagai datuk paling hangat di China bagai superstar.

Kehidupan Wang Deshun berubah pada dua tahun lalu selepas dia mendapat peluang membuat pertunjukan di Fesyen China di Beijing.

Dengan rupa fizikalnya, janggut dan rambut panjang berwarna perak, gaya mudanya begitu mengkagumkan, lapor Oddity Central,

Wang Deshun hanya lelaki dan juga suami daripada golongan kebanyakan.

Bapa kepada dua anak tampil dalam debut fesyen yang mengejutkan.

Bagaimanapun dia kini menjadi ‘virus’ dan bersedia untuk membuat yang terbaik dalam peluang baharunya ini dengan menjadi bintang video inspirasi, permodelan yang berterusan, muncul di banyak rancangan TV dan membintangi beberapa filem dan siri TV China.

Menurutnya, satu cara untuk mengetahui sama ada anda sudah tua atau tidak adalah bertanya kepada diri sendiri.

“Adakah anda berani mencuba sesuatu yang tidak pernah anda lakukan sebelum ini? Alam menentukan umur, tetapi anda menentukan keadaan fikiran anda,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 June 2017 11:27 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: