Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Datuk Seri bebas reman

29 JAN: Seorang pengerusi syarikat perunding kejuruteraan bergelar Datuk Seri yang direman sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan kes projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang dibebaskan hari ini.

Majistret Mahkamah Putrajaya, Khir Nizam Zemari membenarkan lelaki berusia 62 tahun itu diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.

Lelaki berkenaan direman lima hari selepas ditahan Rabu lalu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.

Suspek adalah inidvidu keempat ditahan SPRM, dipercayai terbabit dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan projek itu, berjumlah lebih RM305 juta, yang dikemuka kepada kerajaan Pulau Pinang.

Isu projek terowong itu dikatakan timbul selepas Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM),  Datuk Huan Cheng Guan meminta pihak berkuasa melakukan siasatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2018 3:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: