Kategori Semasa/Laporan Sidang ParlimenUncategorized

Datuk Seri ditemui lemas sampan terbalik

13 MAC: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemui lemas selepas sampan yang dinaiki bersama anak saudaranya dipercayai terbalik kira-kira tiga kilometer dari Pantai Sungai Ular Kuantan, malam tadi.

Bagaimanapun, anak saudaranya terselamat dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu.

Mangsa, Datuk Seri Seikh Muhammad Seikh Sadaruddin, 60, ditemui berdekatan dengan tempat sampan berkenaan terbalik.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.53 malam dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dihantar ke tempat kejadian.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 9:19 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: