Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DBKL: Hak mangsa pokok tumbang tuntut pampasan

6 MAC: Mangsa pokok tumbang di Jalan Ampang semalam mempunyai hak untuk membuat tuntutan pampasan ke atas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz berkata mangsa terbabit boleh berbuat demikian mengikut prosedur ditetapkan.

Katanya, tuntutan itu berdasarkan insuran yang dinamakan Tanggungan Awam (public liabiliti).

“Jadi mangsa boleh membuat tuntutan mengikut prosedur di Jabatan Lanskap DBKL.

“Mangsa perlu menyerahkan dokumen lengkap yang diperlukan seperti bil kerosakan harta benda dan bil hospital,” katanya yang dipetik,

Dalam kejadian pagi semalam, sepasang pengantin baharu yang menaiki motosikal dilaporkan merempuh sebatang pokok tumbang di Jalan Ampang berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Mangsa, Norazrul Ahmad, 37, mengalami kecederaan parah, manakala isterinya, Mira Ezva Abd Rasid, 25, hanya cedera ringan.

Susulan kejadian itu, DBKL dilaporkan berkata akar yang reput dikenal pasti punca pokok spesies Hujan-Hujan berusia 130 tahun itu tumbang.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung tindakan perundangan yang mungkin diambil keluarga mangsa, Amin berkata pihaknya sedia memberi kerjasama.

“Namun, jika mangsa hanya membuat tuntutan berasakan insuran, DBKL sedia membayar mengikut prosedur,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 5:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: