Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DBKL rampas 550 rumah PPR

13 JULAI: Sejak Januari lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas 550 daripada 45,000 unit rumah daripada penyewa di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) berikutan berlaku perlanggaran syarat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan itu dilakukan menerusi Operasi Pemutihan Perumahan DBKL bagi memastikan rumah berkenaan tidak disalah guna penyewa asal seperti menyewakan kepada pihak ketiga atau warga asing.

“Bila masalah ini berlaku, kami tidak akan bertolak ansur dan surat perjanjian sewaan mereka terus dibatalkan serta merta. Cara ini kita boleh beri ruang kepada 80,000 rakyat yang masih menunggu untuk menyewa, yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan,” katanya selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) DBKL bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Tengku Adnan dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad menyaksikan majlis menandatangani serta melafaz ikrar yang diketuai oleh Datuk Bandar, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz.

Sementara itu, Dzulkifli berkata, setakat ini, 223 agensi di seluruh negara mengambil bahagian dalam IBR.

Beliau berharap lebih banyak agensi dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membantu menjadikan negara ini bebas rasuah menjelang 2020.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 July 2017 7:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: