Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DBKL sentiasa mempromosikan Kuala Lumpur destinasi pilihan pelancong

13 NOV: Biro Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan pelancong ketika berkunjung ke negara ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Balan Mohan menjelaskan, Biro Pelancongan yang ditubuhkan oleh DBKL merupakan satu inisiatif untuk melakukan penjenamaan dan pemasaran dalam usaha menarik lebih ramai pelancong domestik dan asing datang ke Kuala Lumpur.

“DBKL sentiasa berkalobrasi dengan Kementerian Pelacongan dan Kebudayaan mengadakan promosi pelancongan untuk Kuala Lumpur di dalam mahu pun di luar negara untuk memberi lebih maklumat mengenai tempat-tempat menarik yang perlu dikunjungi di Kuala Lumpur.

“Perkara ini boleh dirujuk pada plan Staretegi Pelancongan Kuala Lumpur 2015-2025,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Terdahulu Ahmad Fauzi bertanya mengenai usaha dan langkah DBKL untuk menarik lebih ramai pelancong domestic dan luar negara melancong ke bandaraya itu.

Tambahnya, pelbagai program telah dirancang DBKL seperti menyediakan aplikasi-aplikasi digital untuk menarik para pelancong datang ke Kuala Lumpur.

“Aplikasi ini memudahkan para pelancong untuk mengakses mengenai destinasi menarik di Kuala Lumpur. Ia juga dapat menyalurkan maklumat yang lengkap kepada para pelancong.

“Aplikasi ini juga membantu para pelancong pergi ke destinasi dengan mudah yang ada di Kuala Lumpur ini

“Kementerian Wilayah juga menjalinkan kerjasama yang erat dengan pemain-pemain industri pelancongan seperti NGO yang berkaitan, agensi dan pertubuhan pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong datag ke Kuala Lumpur,” jelasnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 November 2017 12:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: