Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

DBKL warta 141 laluan pejalan kaki larangan merokok

18 MEI: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mewartakan kawasan pejalan kaki dan jejantas berbumbung dan terowong pejalan kaki bawah tanah di sekitar kotaraya sebagai kawasan larangan merokok.

Menurut Datuk Bandar, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abd Aziz, larangan sudah berkuatkuasa sejak 15 April lalu, berdasarkan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dalam usaha menjaga kesihatan orang awam dari ancaman asap rokok.

“Terdapat 141 laluan pejalan kaki berbumbung di Kuala Lumpur dan bilangan ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Kegagalan mematuhi peraturan tersebut boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun,” kata Mhd Amin dalam program pelancaran ‘KL Bebas Asap Rokok di Jejantas dan Laluan Pejalan Kaki Bandaraya Kuala Lumpur 2017’, Khamis.

Menurutnya, pelaksanaan itu dapat memperluaskan lagi budaya tidak merokok, sekaligus mengurangkan kadar perokok di Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2017 8:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: