Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Debat GST: MP pembangkang tuduh kerajaan merompak

3 APR: Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 yang dibentang untuk bacaan kali kedua mengundang pertikaman lidah wakil rakyat sekaligus mengamatkan sidang Dewan Rakyat, pada Khamis.

Wakil rakyat daripada kedua-dua belah pihak, Barisan Nasional (BN dan Pakatan Rakyat masing-masing tetap mempertahankan hujah mereka.

Anggota Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) cuba memperjelaskan bahawa langkah kerajaan memperkenalkan GST untuk memberi kesenangan kepada rakyat sekali gus menambah kewangan negara.

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah dalam perbahasannya menyalahkan Pakatan Rakyat yang memutarbelitkan fakta berhubung GST menyebabkan rakyat memandang serong kepada kerajaan.

Malah Ahmad turut mempertahankan beberapa barangan asas tidak akan dikenakan cukai seperti beras, minyak dan gula.

“Pakcik di kampung tidak akan terkena dengan cukai ini. Minyak, gula tidak ada GST. Saya tahu saya orang kampung,” katanya.

Ahmad juga berkata pelaksanaan GST adalah bagi mencegah berlakunya ketirisan dan kes penggubahan wang haram selain sebahagian usaha mencapai status negara maju berpendapatan tinggi.

Sebaliknya, kata Hamzah, pembangkang dilihat tidak dapat menggunakan akal yang waras dan menuduh kerajaan hanya ingin berhutang seperti yang disuarakan Ahli parlimen DAP Ipoh Barat, M. Kulasegaran.

Hanipa Maidin, ahli Parlimen PAS Sepang ditempelak berhujah secara emosional hingga tergamak tuduh kerajaan merompak

Hanipa Maidin, ahli Parlimen PAS Sepang ditempelak berhujah secara emosional hingga tergamak tuduh kerajaan merompak

Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin juga ditegur Hamzah serta ahli BNBBC yang lain apabila menggunakan perkataan ‘merompak’ dan mahu membayangkan membayar cukai GST seolah menyerahkan wang kepada perompak, sekaligus membayangkan kerajaan mahu merompak wang rakyat melalui pelaksanaan GST.

“Adalah fitnah semata-mata kata kerajaan terburu-buru laksanakan GST sedangkan ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada tahun 1992 juga ada membentang bajet utk GST,” katanya.

Tegas Hamzah lagi, memang sudah tiba masanya untuk GST dilaksanakan di negara ini kerana di kalangan negara ASEAN hanya Malaysia dan Myanmar yang belum menggunapakai sistem percukaian itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin meminta pihak kerajaan mengkaji semula nama cukai yang dikenakan kepada pelanggan oleh pengusaha restoran dan juga hotel.

Menurut beliau, cukai yang dipungut pengusaha hotel dan restoran itu juga mengguna nama cukai kerajaan dan cukai perkhidmatan dan itu dikhuatiri bakal mengelirukan rakyat memandangkan ianya sama dengan GST yang mahu bakal dilaksanakan menjelang April 2015.

“Saya meminta kerajaan untuk fokus, di mana pelaksanaan GST ini yang melibatkan restoran dan hotel-hotel besar sudah tentu akan mengenakan caj perkhidmtan, biasalah waktu dalam masa sekarang kita nampak cukai kerajaan 5 peratus, dan ada tulis di sana caj perkhidmatan 10 peratus.

“Jadi saya minta jangan sesekali hotel atau restoran meletakkan dalam bil tuntutan mereka iaitu ditulis caj perkhidmatan 10 peratus.

“Kalau di Amerika ditulis tips, maknanya orang tahulah itu untuk hotel atau restoran itu, tapi di Malaysia apabila ditulis caj perkhidmtan ini menunjukkan seolah-olah kerajaan yang meletakkan caj perkhidmatan sedangkan duit itu untuk syarikat itu sendiri.

“Jadi harus ditegaskan untuk kerajaan memastikan perkara seumpama ini tidak akan berlaku dan ini harus diberi penegasan kepada pihak-pihak hotel dan restoran-restoran,” jelasnya ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan bagi meluluskan Rang Undang-undang GST di Dewan Rakyat, Khamis.

Wakil pakatan pembangkang pula dengan hujah dan penegasan mereka bahawa kerajaan BN akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah jika terus berdegil untuk memperkenalkan GST.

Seperti biasa, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dan Ahli Parlimen PAS Sepang Hanipa Maidin, adalah muka biasa yang akan bangun mencelah dan membuat bising ketika anggota BNBBC mahupun menteri sedang berhujah.

Deabt GST Dewan RakyatSuasana perbahasan menjadi tambah gamat apabila Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli mendakwa kerajaan bertindak memperkenalkan GST kerana kedudukan kewangan negara yang mengalami belanjawan defisit berpanjangan sejak 1998 hingga tahun ini.

“Tidak ada satu tahun pun kerajaan BN mampu ada lebihan wang, tiap-tiap tahun akan beri kesan kepada kedudukan kewangan.

“16 tahun kerajaan BN bergantung kepada beban hutang negara dan tiap-tiap tahun kerajaan terbitkan bon untuk hutang baru,” dakwa Rafizi ketika membahaskan Rang Undang-undang GST.

Rafizi juga membayangkan kerajaan BN akan tumbang kerana memperkenalkan GST dengan memberi contoh kerajaan Australia di bawah pentadbiran John Howard yang tumbang selepas memperkenalkan cukai yang sama.

Ia menyebabkan Bung Mokhtar bingkas bangun mencabar Rafizi untuk melihat sama ada BN akan tumbang pada pilihan raya umum ke 14 (PRU-14) nanti.

“Kita lihat betul atau tidak kerajaan BN akan tumbang pada PRU-14 nanti selepas GST diperkenalkan tahun depan,”katanya.

Ahli Parlimen PKR Gombak, Azmin Ali yang diberi laluan mencelah oleh Rafizi turut membidas kerajaan yang katanya menghidap sindrom penafian kerana tetap mahu melaksanakan GST walau hakikatnya iia tidak sesuai kerana perkapita rakyat masih di tahap rendah.

Rafizi, kemudiannya menyambung hujah dengan mencadangkan mekanisma lain untuk kerajaan menambah pendapatan negara tanpa membebankan rakyat dengan GST.

“Malaysia ada industri monopoli…misalnya Astro, semua tahu Astro mendapat untung berlipat ganda sepatutnya dikenakan cukai durian runtuh tetapi ia tidak berlaku di negara kita…di luar negara cukai ini dikenakan kepada orang kaya,” katanya.–bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 April 2014 11:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: