Kategori Berita Utama

Debat kalimah Allah diteruskan secara tertutup

25 JAN: Program Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah tetap akan diteruskan seperti yang dirancang sekalipun ada desakan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) agar ia dibatalkan.

Bagaimanapun tidak seperti kebiasaan siri wacana atau debat anjuran akhbar Sinar Harian sebelum ini, perdebatan kali ini akan diadakan secara tetutup, tegas Pengarah Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi.

Sambil menerima baik pandangan serta kebimbangan Abim itu, Akmal Eifran menerusi satu kenyataan berkata, garis panduan perdebatan juga sudah dimaklumkan kepada ahli panel dan moderator.

“Kita maklum akan kegusaran yang timbul. Oleh kerana itulah Sinar Harian mengambil langkah-langkah awal agar majlis itu berlangsung dengan lancar tetapi terkawal,” kata Akmal Eifran.

Debat Kalimah Allah SHTegas Akmal Eirfan, Sinar Harian mahu terus kekal menjadi medium dalam memastikan isu yang melibatkan kepentingan awam dibincangkan secara ilmiah untuk kepentingan bersama.

Ia termasuklah dalam isu kalimah ALLAH ini yang akan dikupas dari sudut perundangan.

“Kami juga percaya kedua-dua ahli panel yang terlibat iaitu YB Datuk Seri Noh Omar dan YB Khalid Samad akan mengupas kontroversi itu daripada sudut perundangan,” .

Beliau juga yakin perbincangan itu kelak akan dibuat secara ilmiah selain percaya kematangan masyarakat untuk menerima hujah-hujah secara intelektual.

Program Wacana Sinar Siri-26 yang bertajuk “Perdebatan Hujah Isu Kalimah ALLAH Dari Perspektif Undang-Undang” dijadualkan berlangsung pada Isnin, 27 Januari ini di Auditorium Komplek Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Ahli panelnya ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen PAS Shah Alam dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Prof Madya Dr Sham Rahayu Abd Aziz, pensyarah dan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pula akan bertindak selaku moderator bagi mengendalikan perdebatan.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 January 2014 2:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: