Kategori Berita Antarabangsa

Demi Piala Dunia, pemuda kayuh basikal ke Moscow

9 APRIL: Seorang pemuda Mesir memulakan kayuhan basikal ke Moscow, Rusia  semalam demi menyaksikan Piala Dunia yang dijadual bermula 8 Jun ini selepas negara itu layak buat kali pertama sejak 1990.

Mohamed Nufal, 24, dijadual tiba di Moscow dalam tempoh 65 hari melalui Jordan, Bulgaria, Romania, Moldova dan Ukraine.

Bagaimanapun perjalanan menempuhi Syria dan Iraq akan dilakukan menerusi pesawat akibat situasi perang.

Sepanjang perjalanan yang meliputi jarak 5,000 kilometer, Nufal merancang untuk menginap di hostel atau menumpang tidur di tempat yang sesuai.

Nufal berkata beliau berharap perjalanan terbabiy akan memberinya pengalaman berharga.

“Ia peluang untuk merasai pengalaman  baharu, jika ia hanya semata-mata mengenai Piala Dunia, saya boleh menaiki kapal terbang,” lapor Reuters.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 April 2018 10:13 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: