Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Demi status maju, 30 ribu buku perlu dihasilkan

3 MEI: Negara memerlukan penghasilan sekurang-kurangnya 30,000 buku baharu setiap tahun menjelang tahun 2020 untuk diiktiraf sebagai sebuah negara maju.

Justeru itu,  Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata setiap sejuta penduduk Malaysia yang berjumlah 30 juta orang  disaran menerbitkan 1,000 judul buku baharu setiap tahun.

“Saya difahamkan mengikut statistik oleh Perpustakaan Negara, 2010 hingga 2016 kita hanya mampu menerbitkan 16 ribu hingga 18 ribu buku baharu sahaja,” ucapnya di Majlis Anugerah Buku Negara 2017, di ibu negara, Selasa.

Turut hadir Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara, Hasan Hamzah.

Menurutnya Mahdzir lagi, budaya buku haruslah dikembangkan dan dijadikan kompenen penting dalam dasar budaya dan perancangan pembangunan negara.

Beliau juga menegaskan, kerajaan sentiasa komited terhadap kemajuan buku melalui Dasar Buku Negara bagi memastikan setiap buku yang dihasilkan mempunyai kualiti yang bermutu.

Tambah beliau lagi, kerajaan juga akan memperkemaskan dasar buku negara bagi menggalakkan  masyarakat menghasilkan idea kreatif sekaligus mengembangkan lagi industri buku ini.

“Tahun ini adalah tahun industri kreatif dan saya berharap  idea masyarakat Malaysia mendapat tempat dalam pasaran global.

“Saya menggesa semua pihak sama ada di profesor dan pensyarah IPTA, para guru sekolah berganding bahu dengan komuniti buku supaya idea kreatif ini dapat direalisasikan.

“Saya percaya usaha secara kolektif ini dapat mengembangkan lagi idea kreatif,” jelasnya lagi

Sementara itu, anugerah Buku Negara 2017 menyaksikan seramai 71 pemenang menerima anugerah menerusi pelbagai kategori buku yang dipertandingkan.

Antara pemenang anugerah termasuk pelakon popular, Fatah Amin yang memenangi anugerah buku popular.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 May 2017 12:32 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: