Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Demo bantah cukai tafsiran tak dapat sambutan

16 DIS:  Usaha pembangkang mengajak warga kota berhimpunan membantah kenaikan cukai tafsiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin tidak mendapat sambutan dengan kehadiran kurang daripada 1000 orang.

Kegagalan itu turut mengecewakan aktivis Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim yang meramalkan jumlah kehadiran yang lebih besar walaupun dibuat pada hari bekerja.

“Awak faham berapa ramai penduduk di Kuala Lumpur, tetapi tidak sampai seribu yang hadir pada hari ini. Saya menjangkakan lebih tiga ribu akan hadir,” kata beliau ketika ditemui bnbbc.my di hadapan Menara DBKL di Jalan Raja Laut.

Media yang membuat liputan bagaimanapun menganggarkan jumlah yang hadir sekitar 500 orang sahaja.

demodbkl1

Ahmad Phesal bersama ahli-ahli Parlimen pembangkang yang sertai demo di Menara DBKL. Foto HIEKAL ROSLI

Himpunan yang bermula pada jam 10.40 pagi itu berakhir pada jam 11.25 pagi setelah ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyerahkan notis bantahan itu kepada  Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor sebelum ini membidas segelintir pihak yang cuba memutar belitkan fakta berkaitan isu kenaikan cukai pintu.

“Tiada kenaikan cukai seperti yang disebut oleh sesetengah pihak, DBKL hanya menaikkan nilai hartanah, itupun selepas 21 tahun,” katanya.

Jelas beliau, peratusan sebenar kenaikan cukai taksiran di ibu negara belum dimuktamadkan dan berita yang tersebar ia akan dinaikkan sehingga mencecah 267 peratus adalah kurang tepat.

Kadar yang terkandung dalam notis yang diterima penduduk daripada DBKL baru-baru ini hanyalah kadar cadangan.

Tengku Adnan juga mengulangi kenyataan bahawa, cadangan menaikkan kadar cukai taksiran di ibu negara dibuat berdasarkan paras harga semasa hartanah dan tidak bermaksud membebankan orang ramai.

demodbkl2

Antara warga kota yang terbabit demo

“Harga rumah di sini lebih sejuta dua juta ringgit tetapi mereka masih membayar harga lama (kadar cukai pintu lama). Itu tidak adil” tegas beliau.

Untuk rekod, cukai pintu atau cukai taksiran di Kuala Lumpur tidak pernah dinaikkan sejak 21 tahun lalu. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 December 2013 3:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: