Kategori Berita Utama

Demo Dataran Merdeka VS Dataran Shah Alam

30 DIS : Dalam heboh pihak tertentu termasuk pembangkang hendak buat demonstrasi TURUN dan guling kerajaan di Dataran Merdeka, satu lagi himpunan dikatakan bakal diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Program tersebut dijadualkan bermula jam 5 petang hingga jam 12 tengah malam pada 31 Disember ini berdasarkan poster yang tersebar di media sosial seperti facebook dan twiiter.

Menurut poster tersebut, himpunan itu mengajak orang ramai hadir sebagai kempen mengumpul 50,000 tandatangan bagi membantah kenaikkan harga lesen oleh kerajaan negeri Selangor.

demoshahalam

Poster demo di Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Bagaimanapun, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang dikaitkan dengan perhimpunan tersebut menafikan mereka penganjur perhimpunan tersebut.

Yang Dipertua ISMA Shah Alam, Dollah Sani Suratman sudah membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam.

Setiausaha Agung ISMA, Dr Ahmad Kamsani Samingan pula berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyalahgunaan identiti ISMA itu.

“Saya dengan tegas menafikan penglibatan ISMA dalam kempen tersebut dan kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” kata beliau kepada wartawan.
Sementara itu, walaupun pihak penganjur mengugut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata beliau tidak gentar dan tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan.

“Itu (saman) hak mereka… Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat,” kata Amar Singh.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin sebelum ini bercadang untuk mengemukakan saman ke atas Amar Singh atas tuduhan yang mengaitkan beliau dan NGO tersebut antara dalang ‘himpunan guling kerajaan’.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2013 4:43 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: