Kategori Berita Utama

Demonstrasi jangan sampai cemar Parlimen

8 DIS : Walaupun demonstrasi dibenarkan tetapi jangan sampai mencemarkan kemuliaan institusi Parlimen, kata Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

“Demonstrasi  aman tidak ada masalah asalkan ada permit dan dapat kebenaran pihak berkuasa. Ini rakyat kena faham. Jangan buat demo yang mengundang bahaya dan mencemar bukan sahaja Parlimen tetapi nama negara,” katanya.

runp4

SEDIA…Shahrir melepaskan peserta acara larian

Abu Zahar mengulas mengenai siri-siri demonstrasi yang diadakan pihak-pihak tertentu di luar Parlimen setiap kali sesi persidangan yang dinilai rakyat boleh memberi gambaran buruk kepada institusi Parlimen di negara ini.

Menurut beliau, pihak terbabit harus faham, Parlimen sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara adalah tempat wakil-wakil rakyat sama ada pihak kerajaan atau pembangkang bekerja untuk rakyat.

Sebab itu katanya, parlimen mahupun bangunannya harus dihormati sesiapa sahaja.

Beliau juga mengigatkan, kawasan dalam Parlimen adalah tempat larangan dan tidak sesiapa dibenarkan menimbulkan huru hara atau demonstrasi didalamnya.

runp1

GAGAH…Abu Zahar turut ambil bahagian acara larian kategori VIP

Abu Zahar ditemui media sebelum merasmikan larian sempena Ulangtahun ke 50 Bangunan Parlimen, pagi Ahad yang turut disertai ahli-ahli parlimen BN dan pembangkang, senator, pegawai serta kakitangan dan keluarga petugas Parlimen.

rump2

ACARA pemanas badan sebelum larian bermula

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad melepaskan semua peserta larian membabitkan beberapa kategori dengan larian sejauh 1.6 kilometer untuk kanak-kanak dan 3.2 kilomter bagi orang dewasa.

runp3

BERSEMANGAT-Kanak-kanak turut memeriahkan acara larian

Hampir 150 orang menyertai larian tersebut. – Foto oleh HILMI JAAFAR-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 December 2013 11:40 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: