Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Denda sehingga RM1,000 jika pasport hilang

30 JUN: Bagi memastikan rakyat Malaysia lebih bertanggungjawab, penalti antara RM200 dan RM1,000 bagi penggantian pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian bakal dilaksanakan Jabatan Imigresen dalam tempoh terdekat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata cadangan berkenaan sudah diterima baik oleh kerajaan khususnya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bagaimanapun, sekiranya kehilangan pasport adalah akibat kecurian, kebakaran atau bencana-bencana tertentu, pemilik diminta membuat laporan polis dan kes tersebut akan disiasat,” katanya hari ini.

Berdasarkan saranan itu, pemilik yang hilang pasport buat kali pertama akan dikenakan denda RM200 manakala hilang kali kedua denda RM500 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya dikenakan denda RM1,000.

Sementara itu, mengulas kejayaan Malaysia meningkatkan kedudukan taraf dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2017 ke Tahap 2 daripada Tahap 2 Senarai Pemerhatian pada 2016, Mustafar berkata ia adalah hasil komitmen penuh kerajaan dalam menanganinya

“Sejak 2014 hingga Mei tahun ini sebanyak 140 kes pemerdangan orang telah dicatatkan membabitkan jenayah khidmat seks, buruh paksa dan penyeludupan migran,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 June 2017 5:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: