Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Denda sehingga RM500 hilang MyKad

15 MAC : Individu yang didapati menghilangkan MyKad mereka dengan cuai boleh dikenakan denda sehingga RM500.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun kehilangan MyKad akibat bencana alam tidak akan dikenakan denda.

ZAHID harap Mat Sabu tidak mengamalkan taqiyyah atau berselindung lagi setelah KDN mendedahkan 10 bukti yang boleh kaitkan beliau dengan Syiah.

ZAHID …setengah juta MyKad hilang

“Kehilangan disebabkan kecuaian, jika hilang pertama kali akan dikenakan bayaran RM100, bagi kehilangan kedua akan dikenakan kadar bayaran yang lebih tinggi sehingga RM500,” katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong membaik pulih rumah seorang warga emas di Kampung Parit 21 Bagan Datoh, Sabtu.

Pada masa ini, denda yang dikenakan ialah RM100 bagi kehilangan kali pertama, RM200 bagi kali kedua dan RM300 untuk kehilangan seterusnya.

Katanya, sehingga kini kira-kira setengah juta MyKad dilaporkan hilang. – BERNAMA

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 March 2014 11:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: