Kategori Berita Utama

Dengan Tuhan kita perlu ada adab

30 MAC: Kebiadapan wakil rakyat PAN, Hanipa Maidin dikecam banyak pihak, termasuklah Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau ketika dihubungi melahirkan kekecewaan kerana ia membabitkan pemimpin bekas parti Islam yang sanggup mengeluarkan ungkapan ‘kalau saya tuhan’ di depan umum.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad

Jelasnya lagi, kenyataan tersebut tidak sepatutnya  dikeluarkan kerana ia boleh menjejaskan akidah seseorang.

“Dengan tuhan kita perlu ada adab, nak gunakan perkataan ‘kalau’ dengan yang menjadikan kita serta makhluk lain adalah sangat tidak bertepatan. Ia secara jelas mampu menjejaskan akidah.

“Lain keadaannya kalau kita gunakan perkataan ‘kalau kita singa’  sebab singa adalah makhluk sesama kita, yang diciptakan.. tetapi dengan tuhan, ia menunjukkan kebiadapan kita sebagai manusia, ” katanya kepada BNBBC. My portal.

Semalam Dewan Rakyat menjadi panas ekoran pertikaman lidah antara Hanipa dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim bersama Ahli Parlimen PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali.

Ungkapan ‘kalau saya tuhan’ itu timbul selepas Azeez menegur Hanipa dengan mendakwa bekas pemimpin PAS itu berlagak seperti tuhan kerana boleh menjangkakan PH akan memenangi pilihan raya umum ke-14.

Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang kemudiannya menjelaskan bahawa beliau bukan tuhan dan kalau beliau adalah tuhan, Azeez tidak akan diciptakan.

Kenyataan Hanipa itu mendorong Khairuddin bangkit untuk menasihati Hanipa kerana ia membabitkan isu agama.

Jelas Shukri lagi, adalah sebaiknya jika semua pihak tidak mencampuri urusan tuhan seolah-olah memperlihat yang diri seseorang lebih baik dari apa yang diciptakan tuhan.

“Sebaiknya Hanipa perlu terima dan bukan menunjukkan keangkuhannya lagi walaupun dalam keadaan yang beremosi, ” ujarnya lagi.

Sementara itu, dalam kenyataan terbaharu, Hanipa dilaporkan enggan menarik balik ungkapan terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 March 2018 3:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: