Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dera bayi: Suami isteri direman seminggu

16 FEB: Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman selama seminggu terhadap pasangan suami isteri yang disyaki mendera bayi perempuan mereka sehingga meninggal dunia.

Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah mengeluarkan reman berkenaan yang bermula hari ini.

Sementara itu, ujian air kencing yang dijalankan terhadap pasangan yang masing-masing berusia 22 itu bagaimanapun mendapati kedua-duanya negatif.

Dalam kejadian di Kampung Tok Panjang malam kelmarin itu, mangsa dikatakan lemah dan enggan meminum susu sebelum dikejarkan ke sebuah klinik berhampiran.

Bayi malang tersebut bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Ketika ini, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata bedah siasat terhadap mayat bayi tersebut masih dijalankan di HSJ.

“Difahamkan, satu daripada kaki mangsa juga patah namun polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijangka dilakukan hari ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 February 2018 5:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: