Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Desakan perwakilan mahu putus dengan PKR perlu dihormati

2 MEI: Majlis Syura PAS perlu menghormati keputusan Perwakilan yang mahukan parti itu memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Ketua UMNO Bahagian Ampang  Datuk Ismail Kijo menegaskan, jika badan tertinggi dalam PAS itu membuat keputusan sebaliknya, ia menunjukkan satu penghinaan kepada perwakilan parti yang majoriti mahu PAS berbuat demikian.

“Kita lihat andai kata Majlis Syura tidak mengikut keputusan oleh perwakilan, ini bermakna Majlis Syura tidak menghormati keputusan perwakilan.

“Sedangkan perwakilan adalah suara majoriti daripada seluruh negara yang membuat keputusan bahawa mereka memutuskan hubungan tahaluf siyasi yang mana mereka terus berputus arang dengan mereka.

“Sedangkan mereka yang duduk diatas itu adalah hasil daripada sokongan perwakilan-perwakilan, maknanya jika dia tidak mengikut keputusan perwakilan maka dia sudah menghina keputusan itu,” katanya kepada portal atas talian Antarapos.

Beliau juga berkata, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dilihat bimbang jika PAS bertindak untuk memutuskan hubungan yang berkemungkinan besar akan berlaku pertandingan tiga penjuru sekaligus bakal menyaksikan mereka kalah dengan Barisan Nasional (BN).

“Dan kalau tempat yang sama PKR, PAS dan BN akan bertanding ini semua orang akan boleh nampak kalau lawan tiga penjuru, sudah tentu akan memihak kepada Barisan Nasional.

“Sebab BN dah ada satu kelompok undi, lepas itu kelompok PAS dan kelompok PKR yang selama ini bersatu melebihi daripada sokongan daripada Barisan.

“Tapi apabila berpecah dua dengan sendirinya, contohnya kita dalam 40, dan dia (PAS dan PKR) masing-masing ada 30 sudah tentu yang 40 akan menang.

“Ini yang ditakuti dan dikhuatiri oleh Azmin Ali dan sampai hari ini kalau kita lihat surat khabar yang Azmin Ali masih yakin bahawa dalam PRU yang akan datang akan ada perundingan akan berlaku hanya satu lawan satu sahaja,” katanya.

Majlis Syura Ulama bakal mengadakan mesyuarat dengan secepat mungkin bersabit tahaluf siyasi antara PAS dengan PKR susulan Muktamar PAS semalam yang menerima usul memutuskan hubungan dengan parti tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 May 2017 10:37 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: