Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dewan-dewan perniagaan perlu bersatu hadapi IR 4.0

29 JAN: Dewan-dewan perniagaan di negara ini perlu saling bekerjasama dalam satu gerakan bersama untuk berdepan cabaran dan merebut peluang daripada Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemain-pemain perniagaan di negara ini perlu tanpa henti meneroka pasaran baharu, mempelbagaikan produk dan memperkenalkan peluang pekerjaan baharu kepada generasi muda.

“Dengan pusat ekonomi dunia kini bergerak ke timur, adalah menjadi jelas kepada semua yang Abad ke-21 sebagai Abad Asia menjadi kenyataan, kita perlu mengambil peluang dari kesempatan ini,” katanya ketika berucap dalam satu majlis makan malam di Seri Perdana hari ini.

Dalam majlis berkenaan, Najib melancarkan inisiatif kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia (NCCIM) menerusi Strategi Dewan Global untuk menangani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat dan meneroka pasaran global.

Selain itu, beliau juga melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) 2018-2025.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2018 11:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: