Kategori Berita Utama

Dewan gamat gara-gara menteri nak lepuk kepala MP pembangkang

27 MAC: Dewan Rakyat gamat dengan gelagat ahli-ahli parlimen BN dan pembangkang yang bertikam lidah gara-gara ayat ‘lepuk kepala’ dan isu ‘samseng’ yang dituturkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan di Parlimen, Khamis.

Insiden bermula kerana keengganan Shahidan memberi laluan kepada ahli parlimen pembangkang mencelah ketika beliau menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah Agong bagi Jabatan Perdana Menteri.

Shahidan terus membaca jawapan manakala beberapa ahli parlimen pembangkang diketuai ahli parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, ahli parlimen PAS Shah Alam serta  Pokok Sena , Khalid Samad dan Dtuk Mahfuz Omar terus menjerit mahu Menteri itu memberi jawapan berhubung insiden MH370.

shahidanazmin

Shahidan dan Azmin berbalah isu lepuk kepala

Berang  dengan sikap degil dan terus diganggu, Shahidan tiba-tiba memberi  amaran akan ‘lepuk kepala’ kepada ahli-ahli parlimen pembangkang yang tidak faham-faham penjelasannya bahawa beliau akan memberi mencelah selepas selesai membaca jawapan.

Ahli Parlimen PKR Gombak, Mohd Azmin Ali bangun dan meminta Shahidan menarik balik perkataan lepuk kepala yang didakwanya menghina ahli-ahli yang berhormat.

Permintaan itu tidak dihiraukan Shahidan dan beliau terus membaca jawapan tetapi Lim, Mahfuz, Azmin serta Khalid terus menganggunya.

Lim menuduh Shahidan penakut terhadap ahli-ahli parlimen pembangkang.

mahfuzomar

Mahfuz…terima gurauan Shahidan

Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohd Said terus menegur ahli-ahli parlimen dan bertanya sama ada Shahidan mahu memberi laluan tetapi tidak dibenarkan Menteri itu.

“Jangan kata saya penakut. Saya berani,”  kata Shahidan sempat menjawab kritikan Penaihat DAP itu.

Dalam pada itu, Azmin terus mendesak Shahidan menarik balik perkataan ‘lepuk kepala’.

Ismail kemudian mencelah. Bahawa Shahidan tidak tuju perkataan itu kepada sesiapa.

Shahidan pula menjawab, perkataan itu ditujukan kepada Mahfuz  yang banyak mencelah.

“Saya orang utara,  Pokok Sena orang Kedah. Ini cara orang utara bercakap. Lpuk kepala ini macam berbahas,” ujarnya.

Mahfuz yang bangun setuju dengan jawapan Shahidan tetapi Azmin tetap tidak setuju dan mahu Menteri itu menarik balik perkataan tersebut.

Timbalan Speaker yang semakin angin dengan tindakan ahli-ahli parlimen menegur mengatakan ahli-ahli-ahli parlimen tidak minat mahu mendengar jawapan dan sengaja mahu membuang masa.

Azmin dan Shahidan masih bertikam lidah dengan tuduh mnuduh satu sama lain.

Beliau menuduh Shahidan ‘samseng Arau’ dan dijawab Menteri itu Azmin ‘samseng Gombak’. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 March 2014 1:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: