Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dewan Rakyat bertafakur atas kemangkatan Sultan Kedah

23 OKT: Persidangan Dewan Rakyat bagi mesyuarat ketiga penggal kelima Parlimen ketiga belas, hari ini telah dimulakan dengan merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan bekas Yang Dipertuan Agung sebelum ini iaitu Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam ucapannya berkata Almarhum Sultan Abdul Halim yang telah mencipta sejarah dalam sistem pemerintahan beraja negara apabila menjadi sultan pertama menaiki takhta sebagai Yang Di Pertuan Agung sebanyak dua kali.

Dewan Rakyat bertafakur selama seminit untuk kemangkatan Sultan Kedah di Parlimen

“Bagi pihak Majlis Dewan Rakyat, saya mengucapkan takziah pada Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun dan seluruh kerabat Diraja Kedah.

“Almarhum mencipta sejarah dalam pemerintahan beraja di negara ini kerana menjadi sultan pertama menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, iaitu pertama kali bagi tempoh bermula 23 Julai 1970 hingga 21 September 1975, dan kali kedua bagi tempoh 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016.

“Ucapan ini perlu disimpan dalam arkib dan satu lagi salinan dihantar pada Sultanah Kedah,” katanya.

Ronald kemudian memohon ahli Dewan Rakyat beragama Islam membacakan al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Kedah, manakala yang bukan Islam bertafakur selama satu minit, sebelum mesyuarat diteruskan.

Almarhum baginda yang mangkat pada usia 89 tahun telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun hingga 20 September 1975.

36 tahun kemudian, Almarhum baginda dilantik pula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 mulai 13 Disember 2011 hingga 12 Disember 2016.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem, masing-masing menarik kembali Rang Undang-Undang (RUU) Setem (Pindaan) 2017 dan RUU Sistem Insurans Pekerjaan 2017 daripada aturan urusan mesyuarat, sekali gus tidak akan dibaca dan dibahaskan buat kali kedua.

Mengikut aturan urusan mesyuarat asal, kedua-dua RUU itu masing-masing berada pada kedudukan ketiga dan keempat, manakala RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355) berada pada kedudukan kelima.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2017 11:26 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: