Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Dewan Rakyat bertafakur untuk penumpang MH370

11 MAC :Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa bertafakur seketika bagi mendoakan keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang Sabtu lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau dan semua anggota Dewan amat bersedih dengan insiden tersebut dan mendoakan serta berharap agar semua usaha mengesan pesawat itu dipermudahkan Allah SWT.

parlimen2014“Saya dan semua ahli Dewan Rakyat amat bersedih dengan insiden tersebut, dengan demikian menzahirkan rasa simpati yang tidak terhingga kepada penumpang serta anak kapal MH370 dan keluarga mereka.

“Saya berharap agar keluarga penumpang dan seluruh anak kapal pesawat itu kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini,” katanya sebaik sahaja persidangan.

Selepas itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bangun bagi menjawab soalan lisan turut menegaskan kerajaan akan melakukan apa sahaja tindakan wajar dan perlu dalam memastikan operasi mencari dan menyelamat berjaya menemui pesawat tersebut.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 March 2014 10:45 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: