Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 lulus

3 DIS: Persidangan Dewan Rakyat pada Selasai meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 bagi tujuan perbelanjaan pembangunan selepas dibahaskan sejak 14 Nov lalu.
Rang undang-undang itu diluluskan selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

“Saya mohon maklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2014 telah ditimbangkan dalam jawatankuasa perbekalan dan disetujukan tanpa pindaan, saya memohon mencadangkan bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali ketiga dan diluluskan sekarang.

“Suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari RM45,499 billion dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan Tahun 2014, dan bagi tujuan dan butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan dibawah maksud pembangunan dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014,” kata nya Si Dewan Rakyat, Selasa.

Ia kemudiann disokong timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dan diluluskan dengan undian  lebih suara yang menyokong.
bajet2014Rang Undang-undang memperuntuk RM46.5 bilion sebagai perbelanjaan pembangunan kepada dua jabatan dan 22 kementerian termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

Turut menerima peruntukan itu ialah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam juga antara yang menerima peruntukan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 December 2013 12:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: